Lompat ke: pandu arah, cari

Kategori:Apa itu i.Net.MY

Apa itu i.Net.MY

I.net.my logo.png
i.Net.MY merupakan program integrasi antara teknologi bagi memudahkan pengguna akhir (agensi) dalam mengurus teknologi semasa. i.Net.MY juga bermaksud satu program integrasi ePBT (Elektronik-Pihak Berkuasa Tempatan) dengan gerbang SMS kerajaan iaitu MySMS 15888.


Secara ringkasnya, i.Net.MY:

  • Memudahkan agensi mengawal serta memanipulasi data di dalam pangkalan data ePBT
  • Mencantumkan dua sistem kepada satu yang lengkap
  • Mengakses lebih kuasa kepada sektor kewangan serta sektor berkaitan dalam memperbaiki sistem penyampaian agensi / kerajaan


Pemberitahuan

Agensi selain Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga boleh menggunakan sistem ini dengan sedikit pengubahsuaian dilakukan pada sambungan dari sistem i.Net.MY ke pangkalan data agensi. Sila lihat spesifikasi sistem i.Net.MY bagi memahami lebih lanjut berkaitan sistem ini. Anda boleh berhubung dengan OOS Syndicate bagi memahami lebih lanjut berkaitan sistem ini.


Sistem ePBT

Sistem ePBT adalah sistem pengurusan hasil, perakaunan, aduan dan pelaporan PBT yang menggunakan kombinasi konsep ‘Client-Server’ dan Web berfungsi untuk membantu PBT dalam mengendalikan operasi harian terutamanya yang melibatkan aspek kutipan hasil, pemprosesan kewangan dan transaksi perakaunan.

Sistem ePBT versi 1.0 dilarikan di atas platform Oracle 10g. Oracle merupakan salah satu produk dari Sun Microsystem yang berkuasa yang masih kekal dipasaran.

NOTA: Panduan lengkap dalam bentuk PDF boleh didapati di laman Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), pada pantauan ePBT Book.


MySMS 15888

MySMS 15888 merupakan satu perkhidmatan yang dibangunkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sebagai platform bagi agensi dan jabatan kerajaan menyampaikan perkhidmatan menerusi saluran Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan satu nombor tunggal iaitu 15888. MySMS 15888 menawarkan 2 jenis SMS kepada agensi iaitu SMS Premium dan SMS Pukal (Bulk).

Kadar caj bagi perkhidmatan SMS premium kepada pengguna adalah serendah 35 sen iaitu setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj sebanyak 15 sen, manakala SMS notifikasi yang diterima pula dikenakan bayaran 20 sen. Manakala tiada caj dikenakan kepada pengguna jika SMS Pukal diterima. Tetapi, agensi akan dicaj sebanyak RM 0.10 bagi setiap SMS yang dihantar.

Berikut adalah contoh bagi SMS Premium yang kerap diterima pengguna;

Contoh SMS Premium

RM 0.20: MDKPASU: Cukai Taksiran Am bagi [670918025403] adalah sebanyak RM 180 sehingga JAN 2016
RM 0.20: MDPENDANG: KEG1900 mempunyai kompaun sebanyak 12 berjumlah RM 600 sehingga DIS 2015

Contoh SMS Pukal (Bulk)

RM 0.00: Sila jelaskan Cukai Taksiran Am tertunggak (MOHD NAZRI) berjumlah RM 80. Sila hbngi MDP utk maklumat lanjut

Perbezaan SMS premium dan SMS Pukal (Bulk) adalah pada tanda harga pada permulaaan mesej yang diterima.


Apa Terjadi Selepas Integrasi

Perkhidmatan-perkhidmatan berikut akan terhasil selepas proses integrasi diantara Sistem ePBT dengan MySMS 15888 melalui program i.Net.MY adalah seperti berikut:

  • Semakan Cukai Taksiran Am / Cukai Pintu
  • Semakan Perlesenan
  • Semakan Sewaan
  • Semakan Kompaun
  • Semakan Baki Semasa
  • Aduan Melalui SMS
  • Sistem Kutipan Hasil
  • Sistem Hebahan


Kesemua perkhidmatan di atas dikumpulkan didalam satu bumbung iaitu Sistem i.Net.MY


Tambahan

Laman semakan modul-modul tertentu menggunakan teknologi web


Spefikikasi i.Net.MY

  • MySQL
  • PHP


Keselamatan data

  • SSL
  • Enkripsi Data


Ciri-ciri i.Net.MY

  • Responsive


Rujukan


Subkategori

Yang berikut ialah 5 daripada 5 buah subkategori dalam kategori ini.

Laman-laman dalam kategori "Apa itu i.Net.MY"

Kategori ini mengandungi sebuah laman berikut.