Lompat ke: pandu arah, cari

Kategori:Panduan Pengguna

Panduan Pengguna

Panduan pengguna ini ditulis untuk kegunaan pengguna akhir sistem i.Net.MY. Panduan ini merangkumi penggunaan sistem i.Net.MY dari mula hingga tamat. Kami akan cuba mendedah kesemua modul dan seksyen yang terdapat di dalam sistem ini bagi memudahkan pengguna menggunakannya.

Penerangan dalam Panduan Pengguna i.Net.MY ini dipecahkan kepada penerangan mengikut modul-modul yang tersedia supaya anda boleh membaca serta menggunakan panduan ini dari masa ke semasa. Penerangan di dalam ini juga mungkin dipecahkan kepada perenggan kecil agar memudahkan anda memahami lebih lanjut berkaitan satu topik.

Pengguna sistem i.Net.MY tidaklah memerlukan pengetahuan mendalam berkaitan komputer. Hanya sekadar pengetahuan asas sahaja. Sistem i.Net.MY direka agar pengguna merasa selesa dengan ciri user-experience berdasarkan maklumbalas dari pengalaman agensi-agensi yang terlibat.

Modul i.Net.MY

I.net.my logo.png
Pengguna boleh merujuk kepada laman Apa itu i.Net.MY bagi memahami lebih lanjut berkaitan sistem ini setelah proses integrasi sudah berlaku. Modul-modul yang wujud di dalam i.Net.MY ini dipecahkan kepada beberapa modul utama, iaitu antaranya adalah seperti berikut:



Kandungan menu di dalam setiap modul mungkin kelihatan sama tetapi ianya berbeza dari satu lama. Ini berikutan sistem i.Net.MY menerapkan konsep akses-peringkat (level-access) dimana sebahagian pengguna mungkin mempunyai fungsi tertentu berbanding pengguna lain. Ini bergantung kepada pengendali atau pentadbir sistem dalam memberi akses kepada pengguna di bawahnya.

Akses Peringkat

Bagi mengasingkan kuasa ke atas penggunaan sistem ini, i.Net.MY menerapkan akses-peringkat untuk diguna-pakai dalam sistem. Ianya tidaklah terlalu kompleks dalam penggunaan konsep akses-peringkat ini. Pengasingan hanya tertakluk kepada pengguna seperti berikut:

  • Pengguna biasa (User)
  • Pengendali (Administrator)


Perbezaan penggunaan bagi akses-peringkat ini ditunjukkan pada jadual seperti berikut :

Fungsian Pengguna Biasa Pengendali
Boleh mengakses modul-modul dalam i.Net.MY YA, bergantung kepada modul yang ditetapkan oleh pengendali YA
Boleh mengakses dan menghantar SMS Pukal (Bulk) YA,, jika dibenarkan oleh pengendali YA
Boleh memindah kredit SMS kepada pengguna lain TIDAK YA
Boleh mencipta akaun pengguna lain TIDAK YA
Menukar tetapan (Settings) bagi modul tertentu TIDAK YA
Melihat log keluar masuk SMS dalam agensi YA YA


Penerangan lanjut berkaitan akses-peringkat ini diterangkan dalam modul-modul yang berkaitan. Sila pilih manual bagi modul yang telah ditetapkan oleh pengendali anda dalam menggunakan sistem i.Net.MY

Memulakan i.Net.MY

I.net.my logo.png
Seperti kebanyakkan sistem yang berada dipasaran mahupun dalaman, kegunaan laman log masuk menjadi keutamaan dalam mengawasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mengakses sistem. Dengan mengekalkan cara kovensional iaitu menggunakan kotak kata nama dan kata laluan sebagai input, pengguna sistem i.Net.MY juga perlu mengikuti konsep ini.


Untuk mengakses sistem i.Net.MY, pengguna boleh melayari alamat lengkat sistem ini, iaitu http://www.i.net.my ataupun tanpa www, http://i.net.my. Kata nama dan kata laluan dibekalkan kepada anda oleh pengendali sistem.


Log masuk

Inetmy logon1.png

Apa yang perlu dilakukan hanyalah mengisi maklumat yang dibekalkan oleh pengendali anda dan klik Login. Untuk pengetahuan anda, laman i.net.my dibekalkan dengan ciri keselamatan bagi mengelak kebocoran data kepada pihak tidak berkenaan.

Terlupa kata laluan

Jika anda tidak mengingati (terlupa) kata laluan yang didaftarkan, sila berhubung dengan pengendali sistem i.Net.MY yang dilantik agar proses re-set boleh dilakukan semula ke atas akaun anda


Muka depan

Inetmy dashboard1.png

Gambar muka depan di atas menerangkan antara seksyen penting perlu dititik beratkan sepanjang pengguna menggunakan sistem i.Net.MY. Keterangan seperti berikut:

  • M - merupakan menu yang memaparkan sambungan ke modul yang disetkan pada pengguna. Jika pengguna A tidak melanggan perkhidmatan / tidak dibenarkan akses oleh pengendali dan pengguna B sebaliknya, maka menu (tulisan serta butang) pada ruangan M akan disembunyikan dari pengguna A, dan memaparkan untuk pengguna B.
  • C - Merupakan ruangan utama kandungan serta borang-borang untuk ditatap oleh pengguna sistem. Ruangan ini mungkin dipecahkan kepada sektor kecil ataupun sebaliknya. Ini dapat memberi pengguna dalam menerap rekabentuk yang mesra-pengguna
  • U - Indikator baki kredit SMS pukal anda dari masa ke sama. Sila lihat modul SMS Hebahan dan SMS Kutipan untuk maklumat lanjut berkaitan SMS Pukal


Tema warna

Butang kawalan tema warna
Pilihan warna tema

Sistem i.Net.MY didatangkan dengan 5 warna tema untuk dijadikan pilihan mengikut citarasa pengguna. Penukaran tema warna akan dilakukan serta merta dan akan sentiasa kekal sehingga ke satu masa. Ini kerana tetapan tema akan disimpan di dalam cookies pelayar.

Turut dimuat dalam seksyen ini, fungsi tetapan untuk header untuk terus kekal di atas ataupun hilang apabila pengguna skrol ke bawah. Fungsian ini berguna bagi pengguna yang menggunakan komputer dengan paparan yang kecil. Ini dapat memberi lebih ruangan paparan kepada pengguna semasa melayari sistem ini.

Dua fungsian ini merupakan salah satu daripada ciri-ciri yang diterapkan dalam sistem i.Net.MY



Kredit SMS

I.net.my logo.png
Dua jenis SMS yang terdapat wujud didalam sistem i.Net.MY. Iaitu SMS Premium (Reverse charge) dan SMS Pukal (Bulk). Dengan memahami dua jenis SMS ini, kredit SMS ternyata hanya tertakluk kepada SMS Pukal (Bulk) sahaja.

Pengguna yang melanggan perkhidmatan SMS Hebahan dan SMS Kutipan menggunakan kredit SMS sebagai indikator bagi setiap SMS yang dihantar. Hanya pengendali laman sahaja boleh memindah kredit SMS ke pengguna yang didaftarkannya.

Sentiasa memantau baki SMS dari masa ke semasa agar SMS yang dihantar ke pengguna tidak terjejas. Modul yang harus dititik-beratkan berkaitan kredit SMS adalah modul SMS Kutipan dimana sistem i.Net.MY akan menghantar SMS ke pelanggan yang selagi kredit SMS ini wujud. Kehabisan kredit akan menyebabkan sistem tidak membuat penghantaran sehingga nilai kredit ditambah.


Subkategori

Yang berikut ialah 5 daripada 5 buah subkategori dalam kategori ini.

Laman-laman dalam kategori "Panduan Pengguna"

Kategori ini mengandungi sebuah laman berikut.