Lompat ke: pandu arah, cari

Kategori:SMS Aduan

SMS Aduan


Pengenalan

I.net.my logo.png
Aduan dari orang awam adalah satu inisiatif yang perlu bagi PBT bagi mendapatkan tindakan balas semasa. Aduan boleh dikategorikan kepada pelbagai aduan samada aduan permasalahan mahupun aduan perhargaan. Permasalahan yang selalu diadu kepada PBT adalah seperti jalan berlubang, kekotoran, landskap, haiwan liar dan lain-lain lagi.

PBT bakal melakukan tindakan kepada aduan ini dari masa mengikuti garis-masa yang ditetapkan oleh agensi. Bagi memberi kelebihan dan kemudahan kepada orang awam, PBT membuka pelbagai saluran aduan samada melalui walk-in kaunter, surat, peti aduan di tempat strategik, atas-talian mahupun SMS.

Modul Aduan

Pengguna sistem bakal menggunakan modul aduan sebagai salah satu medium penerimaan maklumbalas dari orang awam. Aduan diterima melalui SMS dan disimpan untuk tindakan dan rujukan pihak PBT


Aduan dalam i.Net.MY


Menu

Menu SMS Aduan

Terdapat 6 sub-menu di dalam menu SMS Aduan. Menu tersebut adalah;

  • Inbox
  • Incoming messages
  • Outgoing messages
  • Statistics
  • Reports
  • Settings


Pengendali yang dilantikan bagi menguruskan modul ini diperlukan dalam menetap tetapan modul sebelum SMS aduan dapat berfungsi. Pengendali ini boleh memilih sub-menu Settings di dalam menu SMS Aduan dan mengisi maklumat-maklumat berkaitan sebelum sistem dapat dimulakan dengan sempurna.



Kali pertama?

Eye.png   Panduan Kali pertama? ini hanya untuk pengendali yang dilantik sahaja. Pengguna biasa tidak dibenarkan untuk mengakses tetapan ini. Gambarajah sila rujuk bahagian Settings di bawah


  1. Log masuk ke sistem i.Net.MY dan pilih SMS Aduan pada menu disebelah kiri laman. Satu paparan akan dibuka nak menunjukkan sub-menu bagi SMS Aduan.

  2. Pilih Settings pada sub-menu. Laman settings akan dibuka dan menunjukkan ruangan yang perlu diisi oleh pengendali sistem

  3. Terdapat 3 tab pada laman iaitu
    • Auto response
    • Email preferences
    • Keyword preferences
  4. Untuk meng-aktifkan modul SMS Aduan, klik pada tab Keyword preferences, dan pilih ON pada ruangan Enabled? Pastikan anda mengisi Sub keyword bagi perkhidmatan SMS Aduan ini. Sub keyword adalah kata-kunci bagi perkhidmatan SMS anda bagi perkhidmatan SMS Aduan. Sebagai contoh, jika anda menggunakan keyword ADUAN sebagai sub keyword anda, format bagi SMS Aduan adalah seperti berikut;

    Format SMS : <KATA KUNCI AGENSI> <SUB KEYWORD> dan hantar ke 15888
    
    Sebagai contoh, Majlis Perbandaran Langkawi menggunakan kata kunci agensi adalah MPLBP, maka, 
    
    Format SMS : MPLBP ADUAN <input pengguna> dan hantar ke 15888
    <input pengguna> pada contoh di atas merupakan maklumat yang diisi oleh pengguna dalam membuat aduan menggunakan SMS. <input pengguna> bagi aduan mungkin mempunyai sub-keyword tambahan seperti nombor kad pengenalan dan akan diterangkan kemudian

  5. Tekan butang Update, sistem SMS Aduan bagi agensi ada sudah sedia digunakan.

Inbox

Senarai semua aduan yang dibuat melalui SMS akan dikumpulkan dan disenaraikan pada laman ini.

Aduan inbox.png

  • From (mobile) - Maklumat nombor telefon pengirim aduan
  • Description - Ringkasan aduan yang diterima. Untuk tindakan lanjut, klik pada kandungan untuk maklumat aduan yang lebih lengkap
  • Status - Status semasa aduan
  • Date - Tarikh aduan diterima
  • Aging - Kiraan hari sejak aduan diterima




View Aduan

Dengan klik pada description di senarai aduan, pengguna akan dibawa ke laman maklumat aduan yang lebih lengkap. Gambarajah menerangkan seksyen dalam laman View Aduan.

Aduan viewaduan.png.png

  • A - Ruangan perbahasan / perbualan di antara sistem, pengguna dengan pengirim aduan.
  • B - Ruangan maklumat pengirim
  • C - Ruangan membalas (reply) mesej pegirim dan ruangan untuk mengemaskini status aduan


Menukar Status Aduan

Status semasa aduan boleh diubah pada ruangan C pada laman View Aduan. Pada label bertanda Status, pilih drop down untuk status yang ingin ditukar samada Under investigation atau Close. Jika anda memilih status Don't change, status akan kekal seperti mana sebelum ini.


Membalas Aduan

Ruangan C turut menyediakan satu ruang untuk pengguna sistem i.Net.MY mengisi maklumbalas yang ingin dihantar ke pengguna. Maklumbalas ini menggunakan jenis SMS Pukal (Bulk) dan memerlukan pengguna mempunyai kredit SMS untuk berkomunikasi dengan pengirim.

Kotak pengesahan penghantaran

Perbualan dikemaskini



Incoming messages

Laman ini menunjukkan transaksi SMS yang diterima oleh sistem i.Net.MY melalui kata kunci agensi dan sub keyword yang didaftar oleh pengendali. Semua pengguna yang diset sebagai pengguna SMS Aduan boleh melihat transaksi yang diterima bagi tujuan pemantauan.

Aduan incoming.png


Outgoing messages

Outgoing message merupakan transaksi SMS premium yang dihantar oleh sistem i.Net.MY ke pengguna menggunakan keyword agensi untuk sub-keyword aduan yang didaftar.

Aduan outgoing.png


Statistics

Bagi tujuan laporan semasa serta bergrafik, laman Statistics dibina untuk memudahkan pengguna sistem melihat semua transaksi samada SMS yang masuk mahupun SMS keluar. Statistik dikeluarkan dalam bentuk carta plot agar pengguna dapat melihat graf harian transaksi. Statistik yang dipaparkan merangkumi satu bulan dengan bacaan harian sebanyak petunjuk.


Reports

Laman ini hampir serupa dengan fungsian laman Statistics. Data masuk-keluar dizahirkan dalam bentuk teks supaya pengguna mudah memahami transaksi yang diterima ataupun yang dihantar.


Settings

Eye.png   Menu ini hanya kegunaan pentadbir sistem i.Net.MY yang sah sahaja

Merupakan menu pengurusan dalam mentadbir-urus SMS Aduan. Terdapat 3 tab pada laman Settings dengan setiap tab mempunyai tetapan tersendiri. Tab tersebut adalah seperti berikut

  1. Auto response
  2. Notification to email
  3. Keyword preferences


Auto response

Merupakan tab tetapan kandungan SMS bagi SMS Aduan. Kandungan yang dimasukkan di dalam ruangan yang disediakan akan dihantar ke pengguna sebagai response rasmi dari agensi. Kandungan SMS yang di hantar boleh disetkan samada sebagai kandungan statik (Static Content) atau kandungan dinamik (Dynamic Content).

Tag-1.png   Kandungan Dinamik bagi SMS boleh diperolehi dengan menggunakan kod yang tersedia. Apabila kod ini diisi, pembolehubah kod tersebut akan diganti dengan data atau rekod yang diambil dari pangkalan data.


Sebagai contoh, jika pemboleh-ubah {date} diletakkan di dalam modul SMS tertentu, sistem akan mentafsirkan pemboleh-ubah ini dan menggantikannya dengan tarikh semasa. Kod dinamik ditunjukkan pada bahagian bawah (Dynamic Content) dan boleh digunakan pada mana-mana ruangan


Antara pemboleh-ubah kandungan dinamik yang boleh digunakan seperti {date} untuk tarikh semasa, {time} untuk masa semasa dan {id} untuk ID aduan bagi rujukan orang awam selepa membuat aduan


Ruangan yang perlu diisi dalam tab Auto response ini adalah ruangan seperti:

  • SMS Text
    Merupakan kandungan SMS yang bakal diterima oleh pengirim / orang awam selepas membuat aduan. Kandungan dinamik diperlukan dalam ruangan ini bagi membolehkan pengguna mendapat response berkaitan ID aduan.
  • IC Number Validation
    Apabila fungsian ini dihidupkan, pengguna perlu mengisi maklumat kad pengenalan selepas sub-keyword yang didaftar sebagai pengesahan membuat aduan. Contohnya;

    Format SMS : MPLBP ADUAN 800105095514 Jalan ke arah Pulau Melaka di kilometer 20 berlubang. Sila buat pembaikan bagi jalan tersebut
  • Incorrect IC
    Apabila fungsian IC Number Validation dihidupkan, bagi SMS yang tidak menepati syarat iaitu tidak disertakan No Kad Pengenalan, sistem i.Net.MY akan membalas dengan penyata yang dimasukkan pada ruangan ini.

Aduan tab autoresponse.png


Notification to email

Tetapan ini merupakan tetapan peringatan / notifikasi kepada pengendali atau pengguna lain yang turut sama mengendali modul aduan ini dengan memasukkan alamat email pengguna yang difikirkan patut menerima email JIKA aduan di buat melalui SMS. Setiap aduan yang diterima, penerima email turut juga menerima email dari sistem i.Net.MY memaklum kandungan aduan yang diterima.

Ruangan yang perlu diisi dalam tab Notification to email ini adalah ruangan seperti:

  • Notification Status?
    Pengaktifan fungsian menggunakan opsyen ini. Untuk menhidupkan opsyen ini, pilih ON manakala mematikannya, pilih opsyen OFF
  • Email address
    Alamat email penerima notifikasi dari aduan yang diterima. Alamat email boleh dimasukkan sebanyak mana yang difikirkan perlu untuk penerima email bertindak ke atas aduan yang diterima.
  • Email Template
    Format atau kandungan email yang dihantar ke alamat email yang dimasukkan. Jika dibiarkan kosong, satu kandungan email default akan digunakan memberi notifikasi ke penerima email



Aduan notification to email.png


Keyword preferences

Tab utama dalam menetapkan tetapan bagi kata kunci untuk pengguna membuat permintaan SMS dari sistem i.Net.MY. Pada ruangan Sub keyword. pengendali sistem boleh menukar sub kata kunci yang bersesuaian dengan kehendak agensi dalam melaksanakan SMS Aduan.


Aduan keyword preferences.png.png
Untuk menghentikan sementara waktu perkhidmatan ini, pengguna sistem boleh memilih opsyen Enabled? untuk membenarkan atau tidak membenarkan perkhidmatan SMS Aduan kepada pengguna awam.


Subkategori

Yang berikut ialah 8 daripada 8 buah subkategori dalam kategori ini.