Lompat ke: pandu arah, cari

Kategori:SMS Hebahan

SMS Hebahan


Pengenalan

I.net.my logo.png
Hebahan merupakan satu cara komunikasi satu-hala (one-way) diantara pengirim dan penerima. Pengirim yang disebutkan disini adalah pengguna sistem i.Net.MY atau lebih mesra adalah agensi PBT. Manakala penerima adalah sesiapa sahaja yang mempunyai no telefon bimbit samada dari golongan orang awam, kakitangan PBT itu sendiri, atau pengurusan tertinggi.

Hebahan SMS boleh dilakukan bagi senario seperti memaklum sesuatu perkara yang terjadi mahpun bakal berlangsung. Seperti, memanggil kakitangan menghadiri mesyuarat atau memaklumkan peristiwa terkini yang terjadi.

Modul Hebahan

Pengguna modul SMS Hebahan diperlukan mempunyai kredit yang cukup di dalam akaun mereka. Ini kerana setiap SMS yang dihantar akan dipotong mengikut jumlah nombor telefon yang dimasukkan. Nombor telefon disimpan disatu tempat agar mudah dicapai semula ataupun satu ruangan mesra-pengguna disediakan untuk mengisi maklumat dan menggunakannya tanpa keraguan.


Hebahan dalam i.Net.MY


Menu

Menu SMS Hebahan

Terdapat 6 sub-menu di dalam menu SMS Hebahan. Menu tersebut adalah;

  • Send SMS
  • Archive
  • My contacts
  • Outgoing messages
  • Statistics
  • Reports

Send SMS

Laman utama untuk pengguna sistem i.Net.MY menghantar SMS pukal ke penerima. Terdapat dua seksyen dipecahkan dalam laman ini iaitu Send single or multiple dan Send to group.

Send single or multiple

Menggunakan seksyen Send single or multiple (Hantar ke satu atau ramai) ini, pengguna perlu mengikut langkah berikut:

  1. Languange
    Bahasa yang digunakan dalam kandungan SMS yang ditaip. Ini perlu jika menggunakan karakter / abjab (Latin) dalam kandungan SMS, kandungan akan dikod mengikut karakter yang dihantar. Jika menggunakan Languange Chinese, karakter yang ditaip dikod dengan bahasa pilihan agar SMS dapat dihantar dengan perkataan yang betul
  2. Phone number
    Nombor telefon bimbit yang ditaip satu nombor bagi setiap baris. Jika menghantar SMS ke 10 nombor, ini bermakna 10 nombor di taip dalam 10 baris (enter). Format yang perlu diikuti adalah mengikut antarabangsa iaitu dengan meletak tanda + dituruti kod negera. Bagi Malaysia, formatnya adalah +60 untuk permulaan diikuti nombor telefon penerima (tanpa 0). Contoh: +60123456789
  3. Messaging Text
    Kandungan SMS yang dihantar ke penerima. Pastikan bilangan karakter adalah 153 sahaja disebabkan syarat dari Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) mensyaratkan setiap perkhidmatan SMS samada pukal atau premium perlu diletakkan tanda harga pada permulaan mesej
  4. Send
    Tekan butang Send berwarna Biru


Send to group

  1. Languange
    Bahasa yang digunakan dalam kandungan SMS yang ditaip. Ini perlu jika menggunakan karakter / abjab (Latin) dalam kandungan SMS, kandungan akan dikod mengikut karakter yang dihantar. Jika menggunakan Languange Chinese, karakter yang ditaip dikod dengan bahasa pilihan agar SMS dapat dihantar dengan perkataan yang betul
  2. Group
    Pilih group (kumpulan) yang dicipta dalam laman My contact. Rujuk penerangan laman My contacts untuk maklumat lanjut
  3. Messaging Text
    Kandungan SMS yang dihantar ke penerima. Pastikan bilangan karakter adalah 153 sahaja disebabkan syarat dari Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) mensyaratkan setiap perkhidmatan SMS samada pukal atau premium perlu diletakkan tanda harga pada permulaan mesej
  4. Send
    Tekan butang Send berwarna Hijau


Archive

Semua SMS yang telah dihantar akan diarkibkan ke satu tempat bagi tujuan rujukan. Hebahan archive.png


My contacts

My contacts atau Buku telefon merupakan satu tempat penyimpanan rekod nombor telefon bagi tujuan penghantaran SMS Hebahan.

Tag-1.png   Anda dinasihatkan mencipta Group (Add New Group) terlebih dahulu sebelum mencipta Contact (Add New Contact), jika anda ingin menggunakan cara penghantaran SMS dengan cara Send to group

Laman My contacts mempunyai dua (2) tab iaitu;

  • Contact
    Senarai semua kontek yang telah didaftarkan
    Mendaftar kontek secara individu / perseorangan
  • Group
    Senarai semua group yang telah didaftarkan
    Mendaftar group


Contact

Pengguna boleh mengemaskini atau menghapus rekod yang telah dimasukkan sebelum ini dengan menekan sambungan yang dipaparkan. Untuk mendaftar rekod kontek baru, klik pada butang Add New Contact pada atas kanan laman, dan isi maklumat yang diperlukan. Dalam ruangan Group, pastikan anda telah mendaftar Group sebelum drop down ini boleh berfungsi

Hebahan contact.png


Group

Ruangan untuk pengguna mendaftar group bagi tujuan meng-kategori-kan kontek yang dimasukkan. Klik pada butang Add New Group untuk mendaftar group.

Hebahan group.png


Outgoing messages

Outgoing message merupakan transaksi SMS pukal yang dihantar oleh sistem i.Net.MY ke pengguna. Setiap SMS yang keluar melalui modul ini akan dipaparkan dalam laman ini. Satu SMS yang keluar bermakna satu kredit SMS sudah digunakan.

Hebahan outgoing.png


Statistics

Bagi tujuan laporan semasa serta bergrafik, laman Statistics dibina untuk memudahkan pengguna sistem melihat transaksi SMS yang dihantar keluar melalui modul SMS Hebahan. Statistik dikeluarkan dalam bentuk carta plot agar pengguna dapat melihat graf harian transaksi. Statistik yang dipaparkan merangkumi satu bulan dengan bacaan harian sebanyak petunjuk.


Reports

Laman ini hampir serupa dengan fungsian laman Statistics. Data SMS keluar dizahirkan dalam bentuk teks supaya pengguna mudah memahami transaksi yang diterima ataupun yang dihantar.



Subkategori

Yang berikut ialah 8 daripada 8 buah subkategori dalam kategori ini.