Lompat ke: pandu arah, cari

Kategori:SMS Kutipan

SMS Kutipan


Pengenalan

I.net.my logo.png
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengurus akaun melibatkan transaksi pembayaran dari penduduk setempat. Antara pembayaran yang dibuat oleh orang awam seperti pembayaran Cukai Taksiran AM (CTA), bayaran sewaan premis dan bangunan, bayaran lesen perniagaan, bayaran kompaun serta lain-lain bayaran yang tidak disebut disini.


Terdapat akaun yang mempunyai tunggakan berikutan pelbagai masalah dan isu yang timbul. Bagi mengurangkan keciciran dalam lejer akaun serta mengurangkan tunggakan dari akaun penduduk, satu medium dilihat diperlukan dalam pengurusan komunikasi antara pemegang akaun dengan PBT.


Dengan memberi peringatkan serta amaran awal, pembayaran awal dari orang awam boleh dilakukan disebabkan ke-peka-nya satu maklumat tersebut kepada pengguna itu sendiri.

Modul Kutipan

I.net.my logo.png
Kutipan dalam modul ini bermaksud Kutipan Hasil. Modul ini memudahkan pengguna yakni dari PBT dalam menghantar perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) kepada pengguna sasaran tertentu. Dengan ciri serta penggunaan yang sepenuhnya automasi, pengendali sistem i.Net.MY hanya perlu melakukan beberapa setup dalam sistem sebelum ianya boleh dijalankan sepenuhnya.

Kutipan dalam i.Net.MY


Carta Konsep

Bagi memahami langkah dalam penggunaan SMS Kutipan ini, satu gambarajah bercarta disertakan bagi tujuan penerangan permulaan. Penerangan ini mungkin terlalu asas, tetapi ianya perlu agar pengguna sistem i.Net.MY dapat memahami konsep yang diterapkan di dalam modul ini.

Langkah Asas SMS Kutipan


Langkah 1

  1. Cipta Phonebook / Contacts Book mengikut kategori modul samada data Taksiran, data Lesen, data Sewaan atau data kompaun

  2. Semasa proses mencipta kandungan ini, isi jumlah tunggakan / hutang yang dianggap sesuaian mengikut sasaran

  3. Maklumat penerima sasaran akan dimuat-turun dari pangkalan data ePBT ke sistem i.Net.MY untuk digunakan dalam proses seterusnya


Langkah 2

  1. Cipta Scheduler / Pemasa bagi proses penghantaran yang ingin dibuat dengan memilih Phonebook / Contacts Book yang dicipta seperti di Langkah 1

  2. Isi maklumat Scheduler / Pemasa mengikut kriteria yang bersesuaian seperti kekerapan menghantar mesej dan waktu penghantaran

  3. Isi kandungan SMS yang ingin dihantar ke penerima sasaran berdasarkan rekod Phonebook / Contact Book dengan menggunakan kandungan dinamik (dynamic content) sebagai salah satu fungsian di dalam kandungan SMS

  4. Simpan dan tunggu sehingga waktu yang ditetapkan tiba bagi proses penghantaran SMS

Langkah 3

  1. Sistem pemasa i.Net.MY akan menyemak senarai Scheduler / Pemasa setiap 1 jam bagi mencari senarai yang berketepatan dengan waktu dan tarikh

  2. Proses penghantaran mesej akan dibuat sebaik sahaja menerima kandungan maklumat penerima dari pangkalan data ePBT

  3. Kredit SMS dipotong (deduct) dari akaun pencipta Scheduler / Pemasa

  4. Apabila tamat penghantaran, report disertakan ke pengguna berdasarkan jumlah dihantar



Menu

Kutipan menu.png

Terdapat 6 sub-menu di dalam menu SMS Kutipan. Menu tersebut adalah;

  • Contacts Book
  • Create Scheduler
  • List Scheduler
  • Complete Process
  • Statistics
  • Reports


Tag-1.png   Bagi SMS Kutipan ini, sesetengah modul berkait-rapat diantara satu modul dan modul lain. Sebagai contoh, pengguna dinasihatkan mencipta Contacts Book / PhoneBook terlebih dahulu sebelum mencipta Scheduler / Pemasa. Ini kerana dalam ruangan Scheduler / Pemasa, pengguna dikehendaki memilih Contacts Book yang telah dicipta. Sekiranya, ianya belum dicipta, ruangan kosong akan muncul di bahagian Contacts Book di borang Scheduler / Pemasa.



Fungsian mengikut Menu


Contacts Book

Istilah Contacts Book juga bersamaan dengan Phonebook atau dalam bahasa Malaysia, Buku Kontek. Merupakan laman utiliti dalam mengumpul maklumat akaun pengguna / orang awam dari pangkalan data ePBT. Laman ini adalah laman penting dalam proses awal bagi modul SMS Kutipan.


Sebelum satu SMS dihantar ke penerima, sistem memerlukan maklumat seperti Nama, No telefon bimbit, jumlah tunggakan dan lain-lain maklumat. Bagaimana memperolehinya? Iaitu dengan membuat panggilan ke pangkalan ePBT dan memeriksa rekod satu per satu. Jika kriteria yang sesuai ditemui, rekod akan di simpan untuk tujuan penghantar SMS.


Antara fungsian boleh dilakukan di laman Contacts Book adalah seperti berikut:

  • Menyenarai Contacts Book yang telah dicipta
  • Mendaftar / Mencipta Contacts Book baru
  • Mengemaskini Contacts Book
  • Menghapus Contacts Book Sediada


Menyenarai Contacts Book

Jika pengguna sudah mencipta Contacts Book, satu senarai contacts book akan dipaparkan dengan dalam baris jadual dengan maklumat seperti nama, jenis modul yang digunakan, nilai mula carian, nilai tamat carian, keterangan rekod dan tindakan.


Contacts book mainpage.png


Sebagai pemahaman lanjut, sila lihat gambarajah di bawah untuk keterangan kandungan baris jadual.

Contacts book onerow.png

  • Nama - merupakan nama contacts book yang diisi
  • Module - Jenis modul. Contoh menunjukkan modul taksiran. Sistem i.Net.MY membaca rekod dari pangkalan data ePBT untuk maklumat Taksiran
  • Start Amount - Carian nilai tunggakan bermula dari jumlah RM 100 (Mempunyai tunggakan diantara RM 100 hingga RM 1000).
  • End Amount - Carian nilai tunggakan berakhir sehingga jumlah RM 1000 (Mempunyai tunggakan diantara RM 100 hingga RM 1000).
  • Record Details - Count bermaksud bilangan rekod penerima SMS yang dimuat turun dari pangkalan data ePBT, Count on bermaksud tarikh kiraan dibuat dan, By bermaksud Contacts Book tersebut dicipta oleh pengguna mdpendang
  • Action - Tindakan yang boleh dibuat oleh pengguna dengan klik pada butang ini


Mendaftar / Mencipta Contacts Book

Pada bahagian atas kanan laman, terdapat butang New Contact Filter. Klik pada butang tersebut dan satu kekotak akan muncul pada laman. Isi maklumat seperti nama, jenis modul, nilai mula carian dan nilai akhir carian.

Contacts book newcontent.png

  • Filter name (Nama) - Ruangan menamakan contacts book yang bakal dicipta
  • Module type (Jenis Modul) - Modul yang wujud adalah seperti berikut;
    * Taksiran - Maklumat penerima untuk akaun taksiran dari DB ePBT
    * Lesen - Maklumat penerima untuk akaun lesen dari DB ePBT
    * Sewaan - Maklumat penerima untuk akaun sewaan dari DB ePBT
    * Kompaun - Maklumat penerima untuk akaun kompaun dari DB ePBT
    * Manual - Nombor telefon yang dimasukkan secara manual
  • Amount un-paid (From) - Nilai mula carian. Pastikan nilai terkecil adalah 1
  • Amount un-paid (to) - Nilai akhir carian. Tiada had nilai untuk ruangan ini


Contacts book newcontent manual.png

Untuk Jenis Modul - Manual, satu ruangan disediakan untuk pengguna memasukkan nombor telefon untuk disimpan dalam pangkalan data. Nombor telefon yang dimasukkan ini mestilah satu nombor bagi setiap baris dengan mengikuti format nombor telefon bimbit yang ditetapkan seperti +60123456789


Mengemaskini Contacts Book

Untuk mengemaskini kandungan dalam Contacts Book, tekan butang Action dan satu drop menu akan muncul. Klik Edit untuk mengemaskini rekod.


Contacts book onerow edit.png


Menghapus Contacts Book

Untuk menghapus dalam Contacts Book, tekan butang Action dan satu drop menu akan muncul. Klik Delete untuk memadam rekod.



Create Scheduler

Merupakan fungsian mencipta Scheduler atau Pemasa bagi tujuan pengenalan supaya sistem i.Net.MY dapat melakukan tugasnya untuk proses penghantaran SMS. Pemasa / Scheduler perlulah di susun dengan teliti dan teratur agar SMS dihantar ke penerima mengikut masa dan kandungan yang bersesuian. Pemasa ini boleh dicipta lebih daripada satu pemasa. Ini bermakna, jika pengguna melakukan kesalahan dalam mengusun aturan, penerima bakal menerima lebih dari satu SMS pada satu masa.


Gambarajah Borang Pemasa

Module Type (Jenis Modul)

Mempunyai 5 pilihan iaitu;

  1. Data Pemilik Taksiran (Taksiran)
  2. Data Penyewa (Sewaan)
  3. Data Pemegang Lesen (Lesen)
  4. Data Kompaun (Kompaun)
  5. Data Manual


Apabila pengguna memilih salah satu opsyen dalam Jenis Modul ini, sistem akan memuatkan drop down Contacts Book dengan maklumat yang didaftarkan semasa dalam ruangan Mendaftar / Cipta Contacts Book. jika pengguna boleh mendaftar Contacts Book mengikut modul, sila lakukan terlebih dahulu sebelum menggunakan fungsian Create Scheduler ini.


Send using

Medium penghantaran bagi pemasa yang dicipta. Samada menghantar email atau SMS. Jika SMS dipilih, sistem i.Net.MY akan memilih nombor telefon dari pangkalan data ePBT mengikut modul dan memuatkan dalam pemasa seterusnya menghantar SMS ke penerima. Jika email dipilih, sistem HANYA memilih penerima yang mempunyai alamat email di dalam pangkalan data ePBT sahaja untuk melakukan proses penghantaran berjadual.


Contacts Book

Senarai Contacts Book yang didaftar dalam menu Contacts Book berdasarkan Jenis Modul yang dipilih.


Task name

Identiti pengenalan bagi pemasa yang didaftar. Tujuannya adalah untuk pengenalan kepada sistem dan pengguna sahaja


Frequency

Kekerapan pemasa yang didaftarkan ini berlansung. Terdapat 4 kekerapan iaitu;

  1. Once - Proses penghantaran berjadual akan berlangsung SEKALI sahaja
  2. Daily - Proses penghantaran berjadual akan berlangsung SETIAP HARI sepanjang tarikh mula hingga tarikh tamat dan masa yang didaftar
  3. Monthly - Proses penghantaran berjadual akan berlangsung SEBULAN SEKALI sepanjang tarikh mula hingga tarikh tamat yang didaftar dan masa yang didaftar
  4. Yearly - Proses penghantaran berjadual akan berlangsung SETAHUN SEKALI sepanjang tarikh mula hingga tarikh tamat yang didaftar dan masa yang didaftar


Start and end date

Tarikh bermulanya pemasa / Scheduler ini dan tamat. Sepanjang tarikh ini, sistem akan melaksanakan arahan sekali ianya belum sampai tarikh tamat (kecuali kekerapan once (SEKALI SAHAJA))


Delivery time

Masa dan waktu yang bersesuaian untuk penghantaran mesej kepada penerima. Kekerapan masa adalah dalam satu jam.


Message

Ruangan kandungan mesej yang dihantar kepada penerima. Kandungan mesej boleh menggunakan dynamic content dalam menepati kandungan individual yang perlu dihantar kepada penerima.

Contoh penggunaan Message SMS dengan dynamic content seperti berikut :

Penggunaan dalam sistem i.Net.MY : Akaun {name}/(noacc} mempunyai tunggakan sebyk RM {debt} sehingga {date}. Sila jelaskan tunggakan anda dengan segera

Apabila Pemasa / Scheduler menghantar SMS seperti di atas kepada penerima, penerima akan menerima kandungan SMS seperti berikut:

Akaun MOHD FAIRU/149 mempunyai tunggakan sebyk RM 215 sehingga 6-Feb-2016. Sila jelaskan tunggakan anda dengan segera

Sistem i.Net.MY akan menukar dynamic code tersebut kepada maklumat yang diperolehi dari pangkalan data ePBT.

Tag-1.png   Kandungan Dinamik bagi SMS boleh diperolehi dengan menggunakan kod yang tersedia. Apabila kod ini diisi, pembolehubah kod tersebut akan diganti dengan data atau rekod yang diambil dari pangkalan data.


List Scheduler

Pada laman ini, semua senarai Pemasa / Scheduler yang didaftar akan dipapar dalam jadual. Paparan dengan maklumat hampir lengkap memudahkan pengguna sistem memantau status bagi satu Pemasa / Scheduler yang dicipta.

Listcheduler.png

  • Scheduler ID - ID bagi Pemasa / Scheduler yang di daftar
  • Task name - Nama pengenalan untuk rujukan
  • Message - Kandungan mesej yang akan / telah dihantar ke pengguna. Pengguna perlu klik pada link dan satu popup akan keluar.
  • Via - Medium penghantaran mesej samada menggunakan SMS atau Email
  • Contacts Book - Buku Kontek / Phonebook yang dipilih yang mengandungi rekod penerima
  • Frequency - Kekerapan menghantar mesej
  • Start Date - Tarikh mula pemasa / scheduler berjalan
  • End Date - Tarikh akhir pemasa / scheduler akan tamat
  • Task Status - Status semasa / terkini pemasa / scheduler
  • Last Execute - Tarikh dan masa kali terakhir pemasa telah dijalankan
  • Last Status - Status terakhir yang diterima setelah pemasa / scheduler ini dijalankan
  • Action - Tindakan yang boleh dibuat oleh pengguna dengan klik pada butang ini


Complete Process

Bahagian makluman kepada pengguna berkaitan mesej yang telah dihantar kepada penerima oleh Pemasa / Scheduler. ID Scheduler merupakan ID pemasa yang didaftar manakala ID Process bermaksud ID yang digunakan dalam masa proses penghantaran dibuat. Dipaparkan pada laman ini juga tarikh dan masa penghantaran dibuat oleh sistem Pemasa Berjadual i.Net.MY.

Kutipan-selesai.png

Pengguna boleh melihat lebih lanjut maklumat yang dihantar seperti nombor telefon, kandungan mesej yang di hantar menekan nombor proses yang dikeluarkan oleh sistem i.Net.MY

Listprocess click.png

Statistics

Bagi tujuan laporan semasa serta bergrafik, laman Statistics dibina untuk memudahkan pengguna sistem melihat transaksi berdasarkan modul. Statistik dikeluarkan dalam bentuk carta plot agar pengguna dapat melihat graf transaksi. Statistik yang dipaparkan merangkumi satu bulan dengan bacaan penghantaran mesej.


Reports

Laman ini hampir serupa dengan fungsian laman Statistics. Data mesej samada SMS atau email yang dihantar keluar dizahirkan dalam bentuk teks supaya pengguna mudah memahami transaksi yang telah dibuat.


Subkategori

Yang berikut ialah 8 daripada 8 buah subkategori dalam kategori ini.