Lompat ke: pandu arah, cari

Kategori:SMS Perlesenan

SMS Perlesenan


Pengenalan Perlesenan

I.net.my logo.png
Perlesenan diringkaskan kepada perkataan Lesen. Lesen yang dimaksudkan disini adalah lesen perniagaan yang memerlukan orang awam mendaftar lesen dengan PBT sebelum menjalankan perniagaan di dalam daerah, perbandaran mahupun bandaraya.

Modul Lesen

Modul Lesen melibatkan pengguna yakni peniaga menyemak maklumat perlesenan samada bagi semakan tunggakan mahupun baki semasa lesen.


Lesen dalam i.Net.MY


Menu

Menu SMS Lesen

Terdapat 5 sub-menu di dalam menu SMS Lesen. Menu tersebut adalah;

  • Incoming messages
  • Outgoing messages
  • Statistics
  • Reports
  • Settings


Pengendali yang dilantikan bagi menguruskan modul ini diperlukan dalam menetap tetapan modul sebelum SMS Lesen dapat berfungsi. Pengendali ini boleh memilih sub-menu Settings di dalam menu SMS Lesen dan mengisi maklumat-maklumat berkaitan sebelum sistem dapat dimulakan dengan sempurna.



Kali pertama?

Eye.png   Panduan Kali pertama? ini hanya untuk pengendali yang dilantik sahaja. Pengguna biasa tidak dibenarkan untuk mengakses tetapan ini. Gambarajah sila rujuk bahagian Settings di bawah


  1. Log masuk ke sistem i.Net.MY dan pilih SMS Lesen pada menu disebelah kiri laman. Satu paparan akan dibuka nak menunjukkan sub-menu bagi SMS Lesen.

  2. Pilih Settings pada sub-menu. Laman settings akan dibuka dan menunjukkan ruangan yang perlu diisi oleh pengendali sistem

  3. Terdapat 3 tab pada laman iaitu
    • Auto response
    • Keyword preferences
    • Email preferences
  4. Untuk meng-aktifkan modul SMS Lesen, klik pada tab Keyword preferences, dan pilih ON pada ruangan Enabled? Pastikan anda mengisi Sub keyword bagi perkhidmatan SMS Lesen ini. Sub keyword adalah kata-kunci bagi perkhidmatan SMS anda bagi perkhidmatan SMS Lesen. Sebagai contoh, jika anda menggunakan keyword LESEN sebagai sub keyword anda, format bagi SMS Lesen adalah seperti berikut;

    Format SMS : <KATA KUNCI AGENSI> <SUB KEYWORD> dan hantar ke 15888
    
    Sebagai contoh, Majlis Daerah Pendang menggunakan kata kunci agensi adalah MDPENDANG, maka, 
    
    Format SMS : MDPENDANG LESEN <input pengguna> dan hantar ke 15888
    <input pengguna> pada contoh di atas merupakan maklumat yang diisi oleh pengguna dalam menyemak akaun lesen menggunakan SMS. <input pengguna> bagi sistem i.Net.MY membaca 4 atau 5 fields dalam pangkalan data ePBT mana-mana salah satu samada No Kad Pengenalan, No Akaun, No SSM (myCoID), No Kompaun atau No Kenderaan (bagi SMS Kompaun),

  5. Tekan butang Update, sistem SMS Lesen bagi agensi ada sudah sedia digunakan.

Incoming messages

Laman ini menunjukkan transaksi SMS yang diterima oleh sistem i.Net.MY melalui kata kunci agensi dan sub keyword yang didaftar oleh pengendali. Semua pengguna yang diset sebagai pengguna SMS Lesen boleh melihat transaksi yang diterima bagi tujuan pemantauan.

Lesen incoming.png


Outgoing messages

Outgoing message merupakan transaksi SMS premium yang dihantar oleh sistem i.Net.MY ke pengguna. Data yang diambil dari pangkalan data ePBT secara terus memboleh sistem mengurus data dan membalas kepada orang awam (public) perihal akaun lesen mereka.

Lesen outgoing.png


Statistics

Bagi tujuan laporan semasa serta bergrafik, laman Statistics dibina untuk memudahkan pengguna sistem melihat semua transaksi samada SMS yang masuk mahupun SMS keluar. Statistik dikeluarkan dalam bentuk carta plot agar pengguna dapat melihat graf harian transaksi. Statistik yang dipaparkan merangkumi satu bulan dengan bacaan harian sebanyak petunjuk.


Reports

Laman ini hampir serupa dengan fungsian laman Statistics. Data masuk-keluar dizahirkan dalam bentuk teks supaya pengguna mudah memahami transaksi yang diterima ataupun yang dihantar.


Settings

Eye.png   Menu ini hanya kegunaan pentadbir sistem i.Net.MY yang sah sahaja

Merupakan menu pengurusan dalam mentadbir-urus SMS Lesen. Terdapat 3 tab pada laman Settings dengan setiap tab mempunyai tetapan tersendiri. Tab tersebut adalah seperti berikut

  1. Auto response
  2. Keyword preferences
  3. Email preferences


Auto response

Merupakan tab tetapan kandungan SMS bagi SMS Lesen. Kandungan yang dimasukkan di dalam ruangan yang disediakan akan dihantar ke pengguna sebagai response rasmi dari agensi. Kandungan SMS yang di hantar boleh disetkan samada sebagai kandungan statik (Static Content) atau kandungan dinamik (Dynamic Content).

Tag-1.png   Kandungan Dinamik bagi SMS boleh diperolehi dengan menggunakan kod yang tersedia. Apabila kod ini diisi, pembolehubah kod tersebut akan diganti dengan data atau rekod yang diambil dari pangkalan data.


Sebagai contoh, jika pemboleh-ubah {date} diletakkan di dalam modul SMS tertentu, sistem akan mentafsirkan pemboleh-ubah ini dan menggantikannya dengan tarikh semasa. Kod dinamik ditunjukkan pada bahagian bawah (Dynamic Content) dan boleh digunakan pada mana-mana ruangan


Antara pemboleh-ubah kandungan dinamik yang boleh digunakan seperti {account} bagi no akaun, {sum} bagi baki semasa, {period} bagi tempoh bil, {date} untuk tarikh semasa dan {time} untuk masa semasa dan {email} untuk alamat email yang digunkan untuk penghantaran bil / penyata ke email


Ruangan yang perlu diisi dalam tab Auto response ini adalah ruangan seperti:

  • Lesen Text
    Merupakan kandungan SMS yang bakal diterima oleh pengirim / orang awam dalam menyemak maklumat lesen. Kandungan dinamik diperlukan dalam ruangan ini bagi membolehkan pengguna mendapat response berkenaan akaun.
  • No Found
    Kandungan Not Found akan digunakan sebagai mesej pesanan ringkas apabila orang awam membuat semakan TETAPI maklumat <input user> yang dimasukkan tidak ditemui dalam pangkalan data ePBT
  • Request thru email
    SMS Lesen turut didatangkan dengan fungsian menghantar penyata / bil ke alamat email pengguna (orang awam). Pengguna boleh permintaan ini dengan memasukkan alamat email di dalam arahan SMS. Contoh penggunaan arahan;
    MDPENDANG LESEN 801205085121 oos@syndicate.my
    Kandungan yang dimasukkan ini akan dibalas ke pengguna seterusnya sistem akan menghantar penyata / bil ke alamat email yang di masukkan oleh pengguna tersebut.

    * rujuk tab Email Preferences untuk tetapan alamat email yang ingin digunakan semasa proses penghantaran email
  • Maintenance
    Merujuk kepada kandungan SMS apabila sistem dalam proses penyelenggaraan. Penyelenggaraan secara automatik boleh dibuat di tab Keyword Preferences
Gambarajah Auto response

Keyword preferences

Lesen sub keyword.png
Tab utama dalam menetapkan tetapan bagi kata kunci untuk pengguna membuat permintaan SMS dari sistem i.Net.MY. Pada ruangan Sub keyword. pengendali sistem boleh menukar sub kata kunci yang bersesuaian dengan kehendak agensi dalam melaksanakan SMS Lesen.


Taksiran keyword enable.png
Untuk menghentikan sementara waktu perkhidmatan ini, pengguna sistem boleh memilih opsyen Enabled? untuk membenarkan atau tidak membenarkan perkhidmatan SMS Lesen kepada pengguna awam.


Taksiran keyword maintenance.png
Untuk tujuan penyelenggaraan harian bagi kes tertentu, pengguna sistem boleh menetapkan tetapan ini dengan mengaktifkan butang penyelenggaraan dengan memilih opsyen Maintenance?. Apabila opsyen Maintenance di pilih, masa dan jangka masa perlu diisi supaya sistem dapat mengawal serta menutup sementara perkhidmatan SMS Lesen mengikut jangka masa yang dimasukkan.

Senario jangka masa ini kadang-kadang diperlukan bagi tujuan kemaskini pangkalan data untuk setengah agensi. Jika ePBT diintegrasi dengan i.Net.MY secara terus, kemungkinan fungsian ini tidak digunakan berikutan data yang diambil adalah data semasa

Email preferences

Apabila pengguna membuat permintaan untuk mendapatkan penyata / bil melalui email, penggunaan akaun email diperlukan dalam proses penghantaran email tersebut. Secara 'default'-nya, sistem i.Net.MY mempunya default alamat email iaitu sms@i.net.my sebagai alamat rasmi penghantaran penyata / bil ke email.

Walaubagaimana pun, alamat email untuk penghantaran penyata / bil ini boleh ditukar seperti tetapan yang dinyatakan. Isi maklumat yang bersesuaian mengikut ruangan yang diperlukan, dan penukaran SMS akan dilakukan selepas menekan butang Update.


Taksiran email preferences.png


Subkategori

Yang berikut ialah 8 daripada 8 buah subkategori dalam kategori ini.