Lompat ke: pandu arah, cari

Kategori:SMS Sewaan

SMS Sewaan


Pengenalan Sewaan

I.net.my logo.png
Ringkasan perkataan sewaan adalah merujuk kepada Sewaan Premis dan Bangunan untuk PBT. PBT atau agensi terlibat menyediakan kemudahan sewaan terutama melibatkan premis perniagaan kepada peniaga. Sewaan yang dibuat merupakan salah satu bantuan kepada individu perniagaan kerana kadar sewaan-nya yang rendah.

Modul Sewaan

Modul Sewaan melibatkan pengguna yakni peniaga menyemak tunggakan mahupun baki semasa sewaan.


Sewaan dalam i.Net.MY


Menu

Menu SMS Sewaan

Terdapat 5 sub-menu di dalam menu SMS Sewaan. Menu tersebut adalah;

  • Incoming messages
  • Outgoing messages
  • Statistics
  • Reports
  • Settings


Pengendali yang dilantikan bagi menguruskan modul ini diperlukan dalam menetap tetapan modul sebelum SMS sewaan dapat berfungsi. Pengendali ini boleh memilih sub-menu Settings di dalam menu SMS Sewaan dan mengisi maklumat-maklumat berkaitan sebelum sistem dapat dimulakan dengan sempurna.



Kali pertama?

Eye.png   Panduan Kali pertama? ini hanya untuk pengendali yang dilantik sahaja. Pengguna biasa tidak dibenarkan untuk mengakses tetapan ini. Gambarajah sila rujuk bahagian Settings di bawah


  1. Log masuk ke sistem i.Net.MY dan pilih SMS Sewaan pada menu disebelah kiri laman. Satu paparan akan dibuka nak menunjukkan sub-menu bagi SMS Sewaan.

  2. Pilih Settings pada sub-menu. Laman settings akan dibuka dan menunjukkan ruangan yang perlu diisi oleh pengendali sistem

  3. Terdapat 3 tab pada laman iaitu
    • Auto response
    • Keyword preferences
    • Email preferences
  4. Untuk meng-aktifkan modul SMS Sewaan, klik pada tab Keyword preferences, dan pilih ON pada ruangan Enabled? Pastikan anda mengisi Sub keyword bagi perkhidmatan SMS Sewaan ini. Sub keyword adalah kata-kunci bagi perkhidmatan SMS anda bagi perkhidmatan SMS Sewaan. Sebagai contoh, jika anda menggunakan keyword SEWA sebagai sub keyword anda, format bagi SMS Sewaan adalah seperti berikut;

    Format SMS : <KATA KUNCI AGENSI> <SUB KEYWORD> dan hantar ke 15888
    
    Sebagai contoh, Majlis Daerah Pendang menggunakan kata kunci agensi adalah MDPENDANG, maka, 
    
    Format SMS : MDPENDANG SEWA <input pengguna> dan hantar ke 15888
    <input pengguna> pada contoh di atas merupakan maklumat yang diisi oleh pengguna dalam menyemak akaun sewaan menggunakan SMS. <input pengguna> bagi sistem i.Net.MY membaca 4 atau 5 fields dalam pangkalan data ePBT mana-mana salah satu samada No Kad Pengenalan, No Akaun, No SSM (myCoID), No Kompaun atau No Kenderaan (bagi SMS Kompaun),

  5. Tekan butang Update, sistem SMS Sewaan bagi agensi ada sudah sedia digunakan.

Incoming messages

Laman ini menunjukkan transaksi SMS yang diterima oleh sistem i.Net.MY melalui kata kunci agensi dan sub keyword yang didaftar oleh pengendali. Semua pengguna yang diset sebagai pengguna SMS Sewaan boleh melihat transaksi yang diterima bagi tujuan pemantauan.

Sewaan incoming.png


Outgoing messages

Outgoing message merupakan transaksi SMS premium yang dihantar oleh sistem i.Net.MY ke pengguna. Data yang diambil dari pangkalan data ePBT secara terus memboleh sistem mengurus data dan membalas kepada orang awam (public) perihal akaun sewaan mereka.

Sewaan outgoing.png


Statistics

Bagi tujuan laporan semasa serta bergrafik, laman Statistics dibina untuk memudahkan pengguna sistem melihat semua transaksi samada SMS yang masuk mahupun SMS keluar. Statistik dikeluarkan dalam bentuk carta plot agar pengguna dapat melihat graf harian transaksi. Statistik yang dipaparkan merangkumi satu bulan dengan bacaan harian sebanyak petunjuk.


Reports

Laman ini hampir serupa dengan fungsian laman Statistics. Data masuk-keluar dizahirkan dalam bentuk teks supaya pengguna mudah memahami transaksi yang diterima ataupun yang dihantar.


Settings

Eye.png   Menu ini hanya kegunaan pentadbir sistem i.Net.MY yang sah sahaja

Merupakan menu pengurusan dalam mentadbir-urus SMS Sewaan. Terdapat 3 tab pada laman Settings dengan setiap tab mempunyai tetapan tersendiri. Tab tersebut adalah seperti berikut

  1. Auto response
  2. Keyword preferences
  3. Email preferences


Auto response

Merupakan tab tetapan kandungan SMS bagi SMS Sewaan. Kandungan yang dimasukkan di dalam ruangan yang disediakan akan dihantar ke pengguna sebagai response rasmi dari agensi. Kandungan SMS yang di hantar boleh disetkan samada sebagai kandungan statik (Static Content) atau kandungan dinamik (Dynamic Content).

Tag-1.png   Kandungan Dinamik bagi SMS boleh diperolehi dengan menggunakan kod yang tersedia. Apabila kod ini diisi, pembolehubah kod tersebut akan diganti dengan data atau rekod yang diambil dari pangkalan data.


Sebagai contoh, jika pemboleh-ubah {date} diletakkan di dalam modul SMS tertentu, sistem akan mentafsirkan pemboleh-ubah ini dan menggantikannya dengan tarikh semasa. Kod dinamik ditunjukkan pada bahagian bawah (Dynamic Content) dan boleh digunakan pada mana-mana ruangan


Antara pemboleh-ubah kandungan dinamik yang boleh digunakan seperti {account} bagi no akaun, {sum} bagi baki semasa, {period} bagi tempoh bil, {date} untuk tarikh semasa dan {time} untuk masa semasa dan {email} untuk alamat email yang digunkan untuk penghantaran bil / penyata ke email


Ruangan yang perlu diisi dalam tab Auto response ini adalah ruangan seperti:

  • Sewaan Text
    Merupakan kandungan SMS yang bakal diterima oleh pengirim / orang awam dalam menyemak maklumat sewaan. Kandungan dinamik diperlukan dalam ruangan ini bagi membolehkan pengguna mendapat response berkenaan akaun.
  • No Found
    Kandungan Not Found akan digunakan sebagai mesej pesanan ringkas apabila orang awam membuat semakan TETAPI maklumat <input user> yang dimasukkan tidak ditemui dalam pangkalan data ePBT
  • Request thru email
    SMS Sewaan turut didatangkan dengan fungsian menghantar penyata / bil ke alamat email pengguna (orang awam). Pengguna boleh permintaan ini dengan memasukkan alamat email di dalam arahan SMS. Contoh penggunaan arahan;
    MDPENDANG SEWA 580108125331 kadir@email.com
    Kandungan yang dimasukkan ini akan dibalas ke pengguna seterusnya sistem akan menghantar penyata / bil ke alamat email yang di masukkan oleh pengguna tersebut.

    * rujuk tab Email Preferences untuk tetapan alamat email yang ingin digunakan semasa proses penghantaran email
  • Maintenance
    Merujuk kepada kandungan SMS apabila sistem dalam proses penyelenggaraan. Penyelenggaraan secara automatik boleh dibuat di tab Keyword Preferences
Gambarajah Auto response


Keyword preferences

Sewaan sub keyword.png
Tab utama dalam menetapkan tetapan bagi kata kunci untuk pengguna membuat permintaan SMS dari sistem i.Net.MY. Pada ruangan Sub keyword. pengendali sistem boleh menukar sub kata kunci yang bersesuaian dengan kehendak agensi dalam melaksanakan SMS Sewaan.


Taksiran keyword enable.png
Untuk menghentikan sementara waktu perkhidmatan ini, pengguna sistem boleh memilih opsyen Enabled? untuk membenarkan atau tidak membenarkan perkhidmatan SMS Sewaan kepada pengguna awam.


Taksiran keyword maintenance.png
Untuk tujuan penyelenggaraan harian bagi kes tertentu, pengguna sistem boleh menetapkan tetapan ini dengan mengaktifkan butang penyelenggaraan dengan memilih opsyen Maintenance?. Apabila opsyen Maintenance di pilih, masa dan jangka masa perlu diisi supaya sistem dapat mengawal serta menutup sementara perkhidmatan SMS Sewaan mengikut jangka masa yang dimasukkan.

Senario jangka masa ini kadang-kadang diperlukan bagi tujuan kemaskini pangkalan data untuk setengah agensi. Jika ePBT diintegrasi dengan i.Net.MY secara terus, kemungkinan fungsian ini tidak digunakan berikutan data yang diambil adalah data semasa

Email preferences

Apabila pengguna membuat permintaan untuk mendapatkan penyata / bil melalui email, penggunaan akaun email diperlukan dalam proses penghantaran email tersebut. Secara 'default'-nya, sistem i.Net.MY mempunya default alamat email iaitu sms@i.net.my sebagai alamat rasmi penghantaran penyata / bil ke email.

Walaubagaimana pun, alamat email untuk penghantaran penyata / bil ini boleh ditukar seperti tetapan yang dinyatakan. Isi maklumat yang bersesuaian mengikut ruangan yang diperlukan, dan penukaran SMS akan dilakukan selepas menekan butang Update.


Taksiran email preferences.png


Subkategori

Yang berikut ialah 8 daripada 8 buah subkategori dalam kategori ini.